BILAL BIN RABBAH
Kelahiran dan riwayat hidup beliau
Bilal bin Rabah
dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah. Bilal r.a dibesarkan
di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada
di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf.
Setelah Rasulullah
s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal termasuk
dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam. Ketika beliau memeluk
Islam, hanya terdapat beberapa orang saja yang memeluk Islam di atas permukaan
bumi ini yaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi
Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin
Al-Aswad.
Kesabaran dan ketabahan beliau menanggung penderitaan
Bilal merupakan salah seorang yang paling
banyak merasakan penyiksaan, kekejaman dan kengerian serta mempunyai ketabahan
tidak sebagaimana orang lain di dalam menanggung penderitaan daripada golongan
musyrikin. Sebagian besar dari kalangan mereka yang memeluk Islam pada masa tersebut
mempunyai keluarga tempat mereka berlindung dari kekejaman golongan musyrikin
kecuali beliau, Ammar bin Yasir bersama-sama dengan bapa dan ibunya serta
Suhaib. Faktor sedemikianlah yang menyebabkan mereka menjadi sasaran golongan
musyrikin Quraisy untuk melepaskan geram mereka terhadap Islam.
Pada suatu hari terjadi peristiwa di mana
apabila matahari tegak berdiri di tengah-tengah langit dan pasir Mekah panas
membakar kerana cuaca terlalu panas, Umaiyyah bin Khalaf bersama-sama dengan
sekumpulan golongan musyrikin menanggalkan pakaian Bilal, mereka memakaikannya
dengan baju besi kemudian mereka menjemurnya di bawah panas terik cahaya
matahari dalam keadaan pasir yang panas membakar serta mereka memukulnya dengan
menggunakan cemeti sambil mereka memerintahkan Bilal supaya mencaci Nabi
Muhammad s.a.w.
Walau bagaimana hebat sekalipun penyiksaan
yang mereka timpakan kepada Bilal namun Bilal tetap dengan pendiriannya di mana
beliau tidak menyebut apa-apa kecuali perkataan: "Ahad Ahad" yang
bermaksud: Allah yang Maha Esa! Allah yang Maha Esa!.
Apabila Umaiyyah bin Khalaf merasa putus asa
menyeksa Bilal, Umaiyyah mengikat leher beliau dengan menggunakan tali yang
besar kemudian menyerahkan kepada orang-orang yang bodoh dan kanak-kanak
seterusnya dia meminta supaya mereka mengheretnya ke seluruh kawasan Kota Mekah
dan mereka membawanya ke kawasan-kawasan yang berbatu sambil berlari.
Selepas peristiwa tersebut Abu Bakar r.a
memerdekakan Bilal secara membelinya daripada Umaiyyah bin Khalaf dengan harga
9 tahil emas. Umaiyyah bin Khalaf sengaja menjualnya dengan harga yang mahal
supaya Abu Bakar tidak mau membelinya sedangkan di dalam hati dia berkata:
"Sekiranya Abu Bakar tidak mau membelinya dengan harga tersebut, aku tetap
akan menjualnya walaupun dengan harga 1 tahil emas". Sebaliknya Abu Bakar
juga berkata di dalam hatinya: "Sekiranya dia tidak mahu menjual dengan
harga tersebut, aku tetap akan membelinya walaupun dengan harga 100 tahil
emas".
Bilal bin Rabah r.a terlalu gembira dengan
kemerdekaan tersebut karena beliau dapat memulai era kehidupan baru di dalam
suasana kehidupan yang penuh dengan kebebasan yang tidak pernah dijanjikan
kepadanya. Kemudian beliau berhijrah ke Madinah bersama-sama dengan rombongan
umat Islam yang berhijrah ke sana.
Kelebihan beliau
Bilal menjadi muadzin Rasulullah s.a.w
sepanjang hidup beliau. Pernah suatu ketika semasa Rasulullah s.a.w wafat,
Bilal mengumandangkan azan tetapi apabila sampai kepada perkataan: “Asyhadu
Anna Muhammaddan Rasulullah” Yang
artinya: Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah. Bilal menangis
tersedu-sedu kemudian meminta kepada Abu Bakar r.a supaya mengecualikan beliau
daripada azan kerana beliau tidak dapat lagi menanggung kesedihan selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w.
Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi dakwah pertama umat Islam kemudian beliau tinggal menetap di Darya (sebuah tempat berhampiran dengan Damsyik) singgalah Al-Faruq Umar bin Al-Khattab datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya mengumandangkan azan sekali lagi kerana Umar terlalu mengasihi dan menghormati beliau. Umar pernah berkata: "Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah memerdekakan tuan kita", maksudnya ialah Bilal r.a.
Setelah itu Bilal pergi bersama-sama dengan delegasi dakwah pertama umat Islam kemudian beliau tinggal menetap di Darya (sebuah tempat berhampiran dengan Damsyik) singgalah Al-Faruq Umar bin Al-Khattab datang ke Damsyik dan meminta Bilal supaya mengumandangkan azan sekali lagi kerana Umar terlalu mengasihi dan menghormati beliau. Umar pernah berkata: "Abu Bakar adalah tuan kita dan beliau telah memerdekakan tuan kita", maksudnya ialah Bilal r.a.
Apabila
Bilal mengumandangkan azan, Umar dan seluruh para sahabat yang ada pada masa
tersebut yang pernah mendengar suara azan tersebut pada zaman Rasulullah s.a.w terus
menangis tersedu-sedu karena mereka terlalu mengenang suara azan tersebut dan
perasaan mereka terlalu tersentuh menyebabkan mereka semua menangis.
Kematian beliau
Bilal
bin Rabah meninggal dunia setelah beliau mengalami sakit tenat di mana pada
hari-hari tersebut beliau sering menyebut: "Besok kita akan bertemu dengan
para kekasih ... Muhammad dan sahabat baginda". Semoga Allah meredai
beliau dan membalas segala jasa yang telah beliau berikan kepada Islam dengan
balasan yang baik.
0 komentar:
Post a Comment